Download Ebook Wanita dalam Islam dan Judeo-Kristian

Download Ebook Wanita dalam Islam dan Judeo-Kristian | Wanita dalam Islam dan Judeo-Kristian | WANITA DALAM ISLAM DAN WANITA DALAM TRADISI JUDAEO-KRISTIAN : MITOS DAN KENYATAAN | unduh WANITA DALAM ISLAM DAN WANITA DALAM TRADISI JUDAEO-KRISTIAN : MITOS DAN KENYATAAN


“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya
Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami
akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang
mereka telah kerjakan.” [Qur’an, Surah Al-Nahl 16: 97]

Lima tahun lalu, saya membaca sebuah artikel di dalam Toronto Star bertarikh 3hb. Julai, 1990, bertajuk "Islam tidak bersendirian dalam doktrin-doktrin patriakal" oleh Gwynne Dyer. Artikel tersebut menceritakan reaksi marah peserta-peserta sebuah persidangan mengenai wanita dan kuasa yang diadakan di Montreal terhadap komen seorang ahli feminis Mesir, iaitu Dr. Nawal Saadawi. Antara lain, kenyataannya yang 'salah secara politik' adalah: "elemen yang paling mengongkong wanita ditemui pertamanya di dalam Judaisma di dalam Perjanjian Lama, kemudian di dalam Kristian, dan kemudian di dalam Qur'an"; "semua agama adalah patriakal kerana ia tumbuh dari masyarakat patriakal", dan, "berhijab untuk wanita tidak khusus kepada amalan Islam tetapi adalah amalan budaya purba yang diwarisi dan adalah sebanding dengan agama-agama kembarnya". Para peserta tidak tahan duduk sajaha sambil mendengar agama mereka disamakan dengan Islam, maka Dr. Saadawi dihujani kritikan. "Komen Dr. Saadawi tidak dapat diterima. Jawapannya mendedahkan kurangnya kefahaman mengenai agama orang lain", kata Bernice Dubois yang mewakili Gerakan Ibu-ibu Sedunia. "Saya bantah", kata ahli panel, Alice Shalvi, dari rangkaian wanita Israel, "konsep hijab tiada di dalam Judaisma". Artikel tersebut menyandarkan bantahan-bantahan tersebut kepada kecenderungan yang kuat di Barat untuk menyalahkan Islam atas amalan-amalan yang sebenarnya juga adalah sebagaian daripada warisan budaya barat. "Para feminis Kristian dan Yahudi tidak tahan duduk sahaja sementara mereka dibincangkan dalam kategori yang sama dengan orang-orang Islam yang jahat", tulis Gwynne Dyer.
 
Saya tidak terkejut bahawa peserta-peserta persidangan tersebut mempunyai padangan yang begitu negatif terhadap Islam, terutamanya apabila melibatkan isu-isu wanita. Di Barat, Islam dipercayai sebagai simbol yang merendahkan wanita. Untuk memahami betapa mantapnya kepercayaan ini, lihat saja Menteri Pendidikan Perancis yang baru-baru ini telah mengarahkan supaya semua gadis Muslim yang memakai hijab dibuang sekolah [1]! Seorang pelajar Muslim yang memakai selendang dinafikan haknya mendapat pendidikan di Perancis sementara seorang pelajar Katolik yang memakai salib atau seorang pelajar Yahudi yang memakai ketayap Yahudi tidak pula berhadapan dengan masalah tersebut. Babak polis Perancis melarang gadis-gadis Islam yang memakai selendang daripada memasuki sekolah tinggi ini tidak dapat dilupakan. Ia mengembalikan kenangan terhadap suatu lagi babak yang memalukan bila mana pada tahun 1962, Gabenor Alabama, iaitu George Wallace, berdiri di hadapan pagar sekolah untuk menghalang pelajar-pelajar berkulit hitam daripada masuk ke sekolah-sekolah di Alabama untuk menghalang desegregasi. Bezanya di antara dua babak ini ialah pelajar-pelajar kulit hitam ini menerima simpati ramai di Amerika dan seluruh dunia. Presiden Kennedy menghantar U.S. National Guard untuk memastikan supaya pelajar-pelajar kulit hitam ini dibenarkan masuk ke sekolah. Sebaliknya, gadis-gadis Islam ini tidak menerima bantuan sesiapa. Masalah mereka menerima amat sedikit atau tiada langsung simpati sama ada dari dalam atau dari luar Perancis. Ini disebabkan meluasnya salah faham dan rasa takut terhadap apa-apa yang bersangkutan dengan Islam dalam dunia hari ini.
 
Apa yang paling menarik perhatian saya mengenai persidangan di Montreal ini adalah soalan ini: Adakah kenyataan yang dibuat oleh Saadawi, atau mana-mana kritikannya, adalah fakta? Dengan kata lain, adakah Judaisma, Kristian dan Islam mempunyai konsep yang sama mengenai wanita? Adakah konsep mereka berbeza? Adakah Judaisma dan Kristian benar-benar memberikan layanan yang lebih baik kepada wanita berbanding Islam? Apakah perkara sebenarnya?
 
Tidak mudah untuk mencari dan mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan yang sukar ini. Kesukaran pertama adalah seseorang perlu berlaku adil dan objektif, atau sekurang-kurangnya, perlu cuba sedaya-upaya berbuat demikian. Ini adalah apa yang diajar oleh Islam. Qur'an mengajar umat Islam untuk berkata benar biarpun itu tidak disukai oleh mereka yang rapat dengannya:
 
“Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil kendatipun dia adalah kerabatmu” [Al-Qur'an, A'-An'aam (6):152]
 
“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu, jika dia kaya atau miskin” [Al-Qur'an, An-Nisaa' (4):135]
 
Kesukaran lain adalah subjek ini amat luas. Oleh itu, selama beberapa tahun yang lepas, saya telah menghabiskan masa berjam-jam membaca Bible, Encyclopaedia of Religion, dan Encyclopaedia Judaic, untuk mencari jawapan. Saya telah membaca banyak buku yang membincangkan kedudukan wanita dalam agama-agama yang berbeza yang ditulis oleh para sarjana, golongan pembela dan para pengkritik. Bahan yang dipersembahkan di bawah mewakili penemuan-penemuan penting kajian yang tidak seberapa ini. Saya tidak mendakwa bahawa saya benar-benar objektif. Itu melampaui kemampuan saya. Apa yang boleh saya katakan ialah sepanjang penyelidikan ini saya telah cuba menggunakan pendekatan Qur'an yang ideal dalam 'berlaku adil'.
 
Saya ingin menekankan pada bahagian pengenalan ini bahawa tujuan kajian saya bukan untuk merendahkan Judaisma atau Kristian. Sebagai Muslim, kami percaya bahawa kedua-dua agama diturunkan oleh Tuhan. Tiada sesiapa yang boleh menjadi seorang Muslim tanpa percaya bahawa Musa dan Jesus adalah nabi-nabi Tuhan yang agung. Matlamat saya adalah untuk menyangkal tuduhan terhadap Islam dan memberi penghargaan yang tidak pernah diberikan oleh Barat kepada kebenaran Utusan Tuhan kepada manusia. Saya juga ingin menekankan bahawa saya hanya berminat terhadap Doktrin. Minat utama saya adalah mengenai kedudukan wanita dalam ketiga-tiga agama ini seperti mana yang terdapat di dalam sumber-sumber asal, bukannya apa yang diamalkan oleh pengikut-pengikut mereka di dunia hari ini. Oleh yang demikian, kebanyakan bukti dipetik dari Qur'an, sunnah Nabi Muhammad, Bible, Talmud dan kata-kata Bapa-bapa Gereja yang amat berpengaruh yang mana pendangan mereka telah memberikan sumbangan yang besar dalam menakrifkan dan membentuk agama Kristian. Tumpuan terhadap sumber-sumber ini adalah disebabkan hakikat bahawa memahami sesuatu agama berdasarkan sikap dan tingkah-laku sebahagian kecil penganut-penganutnya akan memberikan gambaran yang tidak tepat. Ramai yang keliru di antara budaya dan agama, ramai yang tidak tahu apa yang kitab-kitab agama mereka katakan, dan ramai juga yang tidak ambil kisah. 


Dr. Sherif Abdel-Azeem Mohammed

_____________________________________

Nota Kaki:

[1] The Globe and Mail, 4hb. Oktober, 1994.



WANITA DALAM ISLAM DAN WANITA DALAM TRADISI JUDAEO-KRISTIAN : MITOS DAN KENYATAAN

OLEH : Dr. Sherif Abdel-Azeem Mohammed
PENERJEMAH : Huda Abdul Rahim

Daftar isi

1.  Kesalahan Hawa
2.  Warisan Hawa
3.  Anak-anak Perempuan Yang Memalukan
4.  Pendidikan Perempuan
5.  Wanita Yang Tidak Suci
6.  Memberi Persaksian
7.  Zina
8.  Nazar/Sumpah
9.  Harta Seorang Isteri
10.  Perceraian
11.  Ibu-ibu
12.  Waris Perempuan
13.  Nasib Balu
14.  Poligami
15.  Hijab

Epilog

 

COMMENTS

BLOGGER
Nama

aagym,19,Aagym Audio,8,Abdur Raheem Green,2,Akhir Zaman,17,Akhir Zaman Ebook,32,Akhlaqul Karimah,16,Al Masih,7,apk bahasa,1,apk doa,2,apk Quran,3,apk salat,2,apk umum islam,1,Aplikasi Islami,26,aplikasi total android,9,Audio,14,Audio Tajwid,2,Bang Imad,4,Bani Jawi dan Melayu,3,BELA DIRI,1,Belajar Bahasa Arab,2,Berita dan Kasus,25,Berita Islami,18,Bola,3,Buku Imran Hosein,2,Catatan Sang Pujangga Sesi 1,4,Dajjal,10,Doa dan Ruqyah Audio,1,Download Ebook Islami,25,Download Ebook Kristologi,19,Download Ebook Umum,4,Ebook Detektif,1,Ebook Doa,5,Ebook Fiqih,20,Ebook Hadits,18,Ebook Hubungan,7,Ebook Keluarga,4,Ebook Quran,20,Ebook Sejarah,22,Ebook Tajwid,3,Ekonomi Islam,24,Freemasonry,21,Gaib dan Non Dunia,43,Gaib dan Non Dunia Video,6,Gog and Magog,1,Hassan Al Banna,1,Hj. Irene Handono,1,Ibadah Sehari-hari,1,Ideologi,2,Imran Hosein,15,islam,1,Islam dan Hindu,2,Keajaiban Islam,15,Keluarga Bahagia,3,Keluarga Ibrahim,10,Kisah-Kisah Motivasi,9,Komunis,3,Konspirasi Amerika,17,konspirasi zionis,60,Kristologi,53,KUNGFU,1,Liberalis,1,Lintas Agama,24,Love Islam,39,Love Kesehatan,6,Love Menulis,5,Love Musik,1,Love ng-BLog,3,Love Nonton Bareng,10,Maria Magdalena,1,Masalah Syi'ah,2,Masuk Islam,17,Minerva,4,Nubuat Muhammad,3,Office,1,Pancasila,1,Pengendalian Pikiran,12,Permasalahan Islami,17,Pernikahan,1,Politik,29,Protokol Zionisme,11,Puasa,3,Realita Akhir Zaman,35,Romansa dan Cinta,14,Science and Signs,1,Sejarah dan Biografi Islam,55,Setanisme,1,Sihir,13,Software Belajar Bahasa Inggris,3,Software dan Aplikasi,10,Sofware dan Download,9,Sundaland dan Atlantis,6,Takbiran Audio,3,The Truth Of Islam,29,Tilawah Quran,1,Video Akhir Zaman,14,Video Dokumenter,7,Video Imran Hosein,12,Video Masuk Islam,10,video sosial eksperimen,5,Video Zakir Naik,11,Wakeup Project,8,Yesus dan Isa,1,Yusuf Estes,3,Zakir Naik,14,
ltr
item
love is rasa: Download Ebook Wanita dalam Islam dan Judeo-Kristian
Download Ebook Wanita dalam Islam dan Judeo-Kristian
Download Ebook Wanita dalam Islam dan Judeo-Kristian | Wanita dalam Islam dan Judeo-Kristian | WANITA DALAM ISLAM DAN WANITA DALAM TRADISI JUDAEO-KRISTIAN : MITOS DAN KENYATAAN | unduh WANITA DALAM ISLAM DAN WANITA DALAM TRADISI JUDAEO-KRISTIAN : MITOS DAN KENYATAAN
http://2.bp.blogspot.com/-GpuHoEL9Ebc/VdZKxbS5K4I/AAAAAAAACOs/5iq9nePqV1g/s1600/wanita%2Bislam%2Bkristen.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-GpuHoEL9Ebc/VdZKxbS5K4I/AAAAAAAACOs/5iq9nePqV1g/s72-c/wanita%2Bislam%2Bkristen.jpg
love is rasa
https://love-is-rasa.blogspot.com/2015/08/unduh-ebook-wanita-dalam-islam-dan-judeo-kristian.html
https://love-is-rasa.blogspot.com/
https://love-is-rasa.blogspot.com/
https://love-is-rasa.blogspot.com/2015/08/unduh-ebook-wanita-dalam-islam-dan-judeo-kristian.html
true
2777010531160768459
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content